DARINA SHOWER SCRUB

DARINA SHOWER SCRUB
EJEN DAN STOKIS DIPERLUKAN

WeLComE

Salam & Selamat datang buat semua pengunjung MARSHAENA COLLECTION
Sebelum membuat sebarang order anda digalakkan membaca term dan syarat terlebih dahulu ya..
Semua order boleh TELEGRAM,whatsapp dan sms saya : 0126304654 /email ke marshafarina2@gmail.com

Harap Maklum & Terima Kasih atas kerjasama anda semua.

Happy Shopping.

~(^_^)~

Friday, 6 June 2014

4 Petua Kecantikan Rambut Sihat & Lebat Cara Tradisional

4 Petua Kecantikan Rambut Sihat & Lebat Cara Tradisional

 saya kongsikan 4 petua mengatasi masalah rambut gugur, petua menjadikan rambut lembut lagi harum, petua elak rambut berminyak dan petua mengatasi masalah rambut kering. Ayuh sama-sama kita membaca, semoga ada manfaat dan kebaikan bersama.


Petua Kecantikan Tradisional Rambut #1-Atasi Masalah Rambut Gugur


  • Bahan-bahannya ialah beberapa helai daun lidah buaya dan daun bunga raya.
  • Cara penyediaan: Ramas atau mesin bahan-bahan tadi.
  • Cara guna: Lumur kisaran daun bunga raya dan daun lidah buaya tadi atas kepala selama 1 jam dan bilas bersih.
  • Ulang langkah ini beberapa kali selama seminggu, inshaaAllah ada hasilnya. 
  • Kebaikan bunga raya ialah melembutkan rambut manakala kebaikan lidah buaya menyejukkan dan menyamankan kulit kepala. Sekaligus mampu mengelakkan masalah rambut gugur dan menjadi perapi rambut. 

 Petua Tradisional Untuk Rambut #2-Rambut Harum dan Lembut 

  • Bahan-bahannya ialah campuran air asam jawa dan santan, bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi baunya (bunga tahi ayam wangi tak?) 
  • Cara penyediaan: Campurkan semua bahan-bahan tadi dalam sebuah bekas.
  • Cara guna: Basuh rambut dengan campuran bahan tadi. InshaaAllah rambut akan berbau harum malah boleh mengelakkan masalah rambut gugur. 

 Petua Tradisional Kecantikan Rambut #3-Atasi Masalah Rambut Berminyak

  • Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut berminyak ialah syampu dan kuning telur.
  • Cara penyediaannya sangatlah mudah iaitu campurkan sedikit syampu bersama kuning telur dalam semangkuk air suam.
  • Cara guna juga amat mudah dan senang iaitu cucilah rambut anda seperti biasa menggunakan campuran syampu dan kuning telur tadi. Amalkan dua kali seminggu. Jangan lupa untuk membilas rambut anda. Jika tidak, pasti ada binatang liar yang akan mengerumuni rambut anda!
  • InshaaAllah, masalah rambut berminyak akan dapat diatasi.

Petua Semulajadi Rambut Cantik #4-Atasi Masalah Rambut Kering 

  • Bahan-bahan untuk mengatasi masalah rambut kering ialah minyak sayuran dan tuala bersih.
  • Cara penyediaan ialah panaskan minyak sayuran.
  • Cara penggunaannya pula ialah dengan melumurkan minyak tadi pada rambut. Oles rambut anda (pastikan minyak tidak terlalu panas semasa dilumur). Kemudia tekup rambut dengan tuala selama 20 minit dan bilas rambut dengan bersih.
  • InshaaAllah, masalah rambut kering akan dapat diatasi dengan baik.
Selamat mencuba 4 petua untuk mendapatkan rambut yang cantik, lebat, harum dan sihat. Semuanya mudah disediakan dan mudah digunakan. Apa yang penting, ianya 100% halal dan suci serta hasil air tangan anda sendiri. Tiada bahan kimia terlarang kerana ianya 100% sumber alamsemulajadi.

Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.

Memiliki rambut yang cantik sihat menawan bukan lagi impian! Selamat mencuba dan selamat berjaya! 
- See more at: http://fiezaradzi.blogspot.com/2012/12/4-petua-kecantikan-rambut-sihat-lebat.html#sthash.r5PmpJcb.dpuf

No comments:

Post a Comment